Friday, 18 July 2014

AKIDAH TINGKATAN 4:DOSA-DOSA BESAR

TINGKATAN 4 AKIDAH:DOSA-DOSA BESAR


Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya.Hari ni saya nak berkongsi lagi sedikit ilmu tentang dosa besar.

Maksud Dosa
Balasan buruk kepada orang yang melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.

Bahagian Dosa
Dosa terbahagi kepada 2:-
a)Dosa Besar
b)Dosa Kecil

Dosa BesarDosa Kecil
Kesalahan yang dikenakan hukuman yang tertentu di dunia dan amaran azab di akhiratKesalahan yang tidak dinyatakan hukuman yang tertentu di dunia dan ancaman azab di akhirat
Contoh:-Berzina,lari dari medan perang,minuma arak,memfitnah,membunuh,makan harta anak yatimContoh:-Melihat aurat bukan mahram,bercakap perkara yang tidak berfaedah,menyentuh al-Quran

Sebab Melakukan Dosa
Pengaruh rakan,kurang didikan agama,ingin hidup bebas,mengejar kemewahan atau kekayaan,memandang ringan dengan azab Allah

PerkaraPengertianAkibat
Derhaka
kepada
ibubapa
menyinggung perasaan mereka
dengan perbuatan atau dengan perkataan.
-Dimurkai Allah,hidup tidak tenteram,dipandang
hina oleh masyarakat.
Menipu
Dan
Berbohong
Menipu
melakukan untuk kepentingan
diri sendiri dan memudaratkan
orang lain.

Berbohong
penipuan dalam percakapan/
tidak bercakap benar.
-Menimbulkan permusuhan,masyarakat mundur,
 melahirkan masyarakat tidak bermoral,
 memutuskan hubungan silaturrahim.
Mencuri 
Dan
Merompak
Mencuri
mengambil hak orang lain
secara sembunyi.

Merompak
mengambil hak orang lain secara
kekerasan.
Hukuman:-
Mencuri:-Potong tangan
Merompak:-Bunuh,Disalib,dipotong tangan
                   dan kaki bersilang atau dibuang
                   negeri.
-Dimurkai Allah,hidup tidak tenteram,dipandang
hina oleh masyarakat.
RibaFaedah atau pertambahan
bayaran dalam urusan pinjaman
,hutang piutang,pertukaran
makan sejenis dan mata wang.
Riba Fadl
pertambahan yang diperoleh melalui
pertukaran barang sama sepertinya.
Riba Nasi'ah
pertambahan yang diperoleh kerana
menangguhkan tempoh bayaran
-Dimurkai Allah,hidup tidak tenteram,dipandang
 hina oleh masyarakat.
Makan
Harta Anak
Yatim
Mencabuli hak mereka sebagai
pewaris harta pusaka.
-Dimurkai Allah,hidup tidak tenteram,dipandang
 hina oleh masyarakat.
Lari
Daripada
Medan
Perang
Perang jihad adalah peperangan
antara orang Islam dengan orang
kafir bagi mempertahankan
kesucian Islam.
-Dimurkai Allah,hidup tidak tenteram,dipandang
 hina oleh masyarakat,merendahkan
 martabat Islam.
Mengumpat
Dan 
Memfitnah
Mengumpat
menceritakan keburukan seseorang
semasa ketiadaannya.
Memfitnah
melemparkan tuduhan kepada
seseorang semasa ketiadaanya.
-Dimurkai Allah,hidup tidak tenteram,dipandang
 hina oleh masyarakat,berlaku permusuhan.
Minum arak
dan menagih
dadah
Arak
minuman yang memabukkan.
Dadah
sejenis bahan yang mengkhayalkan dan
menghilangkan daya fikiran.
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga,dapat
kemurkaan Allah S.W.T,Hidup tidak tenteram.
ZinaPersetubuhan haram antara lelaki dan
perempuan tanpa ikatan yang sah.
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga,dapat
kemurkaan Allah S.W.T,Hidup tidak tenteram,
merebaknya pelbagai penyakit berbahaya,
berlaku jenayah buang bayi,melahirkan
generasi tidak jelas nasabnya.
Menuduh
zina(qazaf)
menuduh seorang yang baik melakukan
zina tanpa 4 orang saksi yang adil.
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga,timbul
gitnah dan perpecahan.
Liwat dan
musahaqah
Liwat
hubungan sejenis antara lelaki dengan
lelaki.
Musahaqah
hubungan sejenis antara perempuan
dengan perempuan.
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga,dapat
kemurkaan Allah S.W.T,Hidup tidak tenteram,
rumah tangga porak peranda,anak-anak terabai,
dihina masyarakat,berlaku permusuhan keluarga,
merebaknya penyakit seperti Aids.
Membunuh
diri
Melakukan perbuatan yang boleh
memisahkan roh daripada jasad sendiri.
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga,
dimasukkan ke dalam neraka.

Sebab dilarang  derhaka ibu bapa:
1.Hilang rahmat Allah S.W.T.
2.mereka banyak berjasa kepada kita.
3.Banyak berkorban demi anak-anak.
4.Mereka melahir dan membesarkan kita.