Thursday, 14 August 2014

AKIDAH TINGKATAN 4:TUNTUTAN TAUBAT




 Assalamualaikum para pengunjung blog saya.Ok ini kali tentang Taubat.Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?Cara bertaubat?Apakah Hikamh bertaubat?Mengapakah taubat perlu disegerakan?.Semua soalan tu ada jawapannya kat bawah ni.

Maksud Taubat
Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya.

Cara Bertaubat
1.Menyesal terhadap maksiat
2.Berhenti melakukan maksiat
3.Berazam untuk tidak akan melakukan lagi
4.Memohan maaf sesama manusia sekiranya kesalahan melibatkan orang lain.



Antara Salah Faham Konsep Taubat
-Menunggu hari tua untuk taubat.
-Dosa terlalu banyak dan merasakan tidak akan diampun oleh Allah.

Mengapa Perlu Sentiasa Bertaubat
-Manusia tidak terlepas melakukan dosa.
-Agar jiwa sentiasa bersih dan tenteram.

Sebab-Sebab Taubat
1.Manusia tidak tahu bila ajalnya.
2.Agar taubat diterima Allah
3.Dosa yang banyak akan menyukarkan seseorang daripada bertaubat



Hikmah Taubat
1.Mendapat keampunan dari Allah/petunjuk Allah S..W.T
2.Mendapat ketenangan jiwa
3.Dapat kembali ke jalan yang benar
4.Dapat mendekatkan diri kepada Allah
5.Dapat balasan syurga/dikasihi Allah
6.Mengembalikan silaturrahim

Keadaan Taubat Tidak Diterima Allah S.W.T
1.Berterusan melakukan maksiat
2.Taubat tidak bersungguh-sungguh
3.Taubat tidak ikhlas
4.Ketika hampir mati/nazak