Thursday, 26 June 2014

TINGKATAN 4 AKIDAH:PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN


Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya.Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan saya tentang perkara yang membatalkan iman.Tapi sebelum kita masuk ke topik tu.Saya nak tanya sikit dengan pengunjung blog saya,tahukah anda apa itu iman?Tahukah anda apa kepentingan iman?Tahukah anda apa yang dapat membatalkan iman anda?Ok saya harap korang dapat jawab soalan yang saya tanya tadi di dalam hati korang selepas membaca 'post' saya kat bawah ni.




-Pengertian Iman
a)Bahasa:Percaya
b)Istilah:Membenarkan dalam hati,mengaku dengan lidah dan beramal dengan anggota badan.

-Kepentinagan Iman
i-membentuk muslim sejati.
ii-istiqamah denagn beribadat.
iii-bertanggungjawab dan amanah.
iv-berani menegakkan keadilan.
v-pencetus semangat jihad.
vi-melahirkan generasi berakhlak mulia.

-Perkara-perkara yag membatalkan iman
1-Syirik
-Iaitu menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat,sifat dan af’alnya.
-Terdapat 2 jenis Syirik iaitu:
a)Syirik Jali : Melakukan amalan syirik secara terang-terangan.Contohnya menyembah patung/berhala.
b)Syirik Khafi : Tidak meletakkan Allah S.W.T sebagai sesuatu yang mutlak dalam niat,terutamanya dalam ibadat.Contohnya menunjuk-nunjuk/riak dan ujub/kagum diri sendiri.

2.Kufur
-Iaitu tidak percaya kepada Allah dan mengingkari  ajaan yng dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
-Terdapat 2 jenis kufur iaitu:
a)Kufur Hakikat : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Contohnya ialah tidak mengakui balasa akhirat dan menolak hokum yang terdapat di dalam Al-Quran.
b)Kufur Nikmat
Mengingkari Allah S.W.T sebagai pemberi rezeki kepada manusia dan makhluk ciptaanNya.Contohnya enggan mengeluarkan zakat dan sedekah,boros membelanjakan harta dan menggunakan nikmat ke jalan maksiat.

3.Riddah
-Iatu berpaling@keluar daripada agama islam
-Cara menjadi Murtad:
a)Iktikad
-Contohnya niat tinggalkan islam
b)Perbuatan
-Isytihar keluar dari Islam
c)Perkataan
-Anut agama lain sembah patung

4.Khurafat
-Iaitu kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap ada hubungan dengan agama islam tetapi sebenarnya bertentangan dengan konsep Tauhid dan syariat.
-Contohnya mempercayai azimat,mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial,membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat.

5.Sihir
-Iaitu ilmu yang berkaitan dengan perbuatan atau pertolongan makhluk ghaib yang bertujuan untuk memudaratkan manusia.
a)Dalam perbomohan yang menggunakan Jin atau Syaitan.Seperti guna-guna/santau.
b)Dalam perubatan dengan mendekatkan diri kepada Jin disertai dengan upacara penyembeihan haiwan
c)Dalam pertunjukkan silap mata iaitu dengan cara memukau pandangan penonton.
-Contohnya santau,ilmu guna-guna,pukau atau silap mata dan ilmu susuk/ilmu hitam.

6.Nifak
-Iaitu berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.
-Sifat-sifat orang munafik
i)Tidak suka berbaik-baik/melampau apbila bergaduh
ii)Tidak bercakap benar
iii)Tidak menunaikan amanah

*NOTA TAMBAHAN
-Balasan ke atas orang yang kafir:
a)Dilaknat Allah
b)Amalan tidak diterima Allah

-Hikmah hukuman bunuh kepada orang murtad
a)Menghalang perbuatan merendah dan memburukkan agama Islam.
b)Memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermainkan.
c)Mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

-Sebab amalan sihir dilarang
a)Merosakkan akidah dan membatalkan iman.
b)Memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah.
c)Hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan daripada Syaitan.

-Sebab amalan sihir boleh membatalkan iman
a)Menafikan kekuasaan Allah S.W.T
b)Memita pertolongan daripada kuasa ghaib atau Syaitan.

Sekian sahaja dahulu,demikianlah ilmu yang dapat saya kongsikan pada hari ini.Semoga ilmu tersebut berguna kepada pengunjung blog saya.

No comments:

Post a Comment